Thursday, July 24, 2008

MB Terengganu

wow, tengok berita semalam hangat betul la pasal cerita kes MB Terengganu beli mercedes over RM3 million tu. macam best pulak tengok dia berhujah dengan wartawan dalam berita semalam. macam-macam hal. nak tengok kesudahan dia macammana nanti. kalau ikut latest news pagi tadi macam federal government hold dulu, ntah la. tunggu je la berita malam kang nanti.

ok, cerita lain lak
petang semalam ada dapat berita pasal rumah baru shampearl berhantu. exactly sebenarnya dapat cerita tu takde la dia kata berhantu ke apa, cuma dapat tau shampearl cerita malam kelmarin dia tido dia terdengar bunyi penyapu dengan mop jatuh/bising pastu sham tido je la. besok paginye bila dia bangun dia tengok penyapu dengan mop dia tu ok jer elok terletak. tak de la terjatuh pun.

terus aku call shampearl pasal cerita ni, dia kata memang betulla tu. tapi dia tak expect apa pun, tunggu dan lihat je la..

sian pulak. apa kata sham ko ajak kak ida pegi tengok rumah ko tuh. hehe.

Monday, July 21, 2008

BN Terengganu Mercedes Benz E200K over RM3 million

taken this news from paultan.

BN state Terengganu has procured 14 units of the Mercedes-Benz E200K at a price of RM3.43 million (RM245K each?) to replace the Proton Perdana V6 Executive state exco cars that was purchased in 2004. The new E200Ks will be used by the state exco members, state assembly speaker, secretary, legal adviser and finance officer.

Terengganu State Secretary Datuk Mokhtar Nong said the state felt the E200K was better for the long term compared to the Perdana V6 as the maintenance costs were lower. Terengganu MB Datuk Ahmad Said said that the Perdana V6 was not suitable for continuous long-distance journeys as they were coughing up alot of money maintaining the car, especially the gearbox.

The MB used state exco Toh Chin Yaw’s Perdana V6 as an example to prove his point. The Perdana V6 was claimed to have burned RM50k in repairs in the past 3 years. He did not go into details on what exactly needed to be repaired that needed that sum of money, and where the repair works were performed.


wow!

Tuesday, July 15, 2008

cadet jer

janganla hantar cadet jer, bosnye tak ada, at least bosnye pun ada sama.

hehe, antara ungkapan Tn Haji masa internal service level forum

macam biasa, habis forum ada bekal makan. keytiaw goreng, kuih 3 ketul berlainan jenis.



HTJS


jai tengah mencelah masa handover projek hosp tuanku jaafar seremban.

"siapa yang tak paham silalah berjumpa dengan saya"

ROSE Forum




macam biase la tiap2 tahun ada..amat amit kusyukkk

tips pengacara majlis

Pengenalan
Dalam urusan kita sehari-hari, adakalanya kita diminta untuk menjadi pengacara majlis bagi sesuatu majlis yang akan berlangsung di tempat kerja seperti jamuan perpisahan, Majlis Makan Malam Syarikat, Malam Amal, Hari Kualiti, pelancaran kempen dan sebagainya. Banyak daripada kita beranggapan bahawa tugas sebagai pengacara majlis merupakan tugas yang glamour dan mudah.

Sebenarnya, tugas pengacara majlis bukanlah mudah seperti yang kita jangkakan. Hal ini kerana kelancaran, kejayaan, hidup dan matinya sesebuah majlis bergantung sepenuhnya kepada pengacara majlis. Sekiranya dalam mengendalikan majlis, pengacara majlis hilang kata-kata maka keadaan ini akan menyebabkan kelancaran majlis terganggu. Begitu juga, jika pengacara majlis tidak pandai menarik perhatian tetamu yang hadir. Hal ini akan menyebabkan tetamu berasa bosan dan akhirnya meninggalkan majlis begitu sahaja. Akibatnya, tuan rumah atau penganjur akan menanggung malu. Oleh itu, sekiranya anda terpilih untuk menjadi pengacara majlis, pengetahuan tentang tugas sebenar pengacara majlis menjadi keperluan yang amat penting.

Jadi, buku ini ditulis untuk memberi anda sedikit panduan dan idea tentang tugas sebenar pengacara majlis. Terdapat enam bahagian dalam buku ini, iaitu:

Bahagian I – Pengacara Majlis
Bahagian II – Teknik Penulisan
Bahagian III – Kesalahan Bahasa
Bahagian IV – Senarai Panggilan Hormat dan Pantang Larang
Bahagian V – Cara Memulakan dan Mengakhiri Majlis
Bahagian VI – Aneka Contoh Teks Pengacara Majlis

Kandungan
Pendahuluan

Bahagian 1 - Pengacara Majlis
Pengenalan
1.1 Siapakah pengacara majlis?
1.2 Mengapakah pengacara majlis penting?
1.3 Tip untuk menjadi seorang 'Star Emcee'?

Bahagian 2 - Teknik Penulisan
Pengenalan
2.1 Teknik menulis teks pengacara
2.1.1 Penyediaan teks
2.1.2 Cara menyediakan teks dan kandungan teks
2.2 Teknik menulis pantun dan bahasa berirama
2.2.1 Mencipta pantun
2.2.2 Mencipta bahasa berirama
2.3 Contoh-contoh pantun untuk agenda/atur cara tertentu
2.4 Contoh-contoh bahasa berirama untuk agenda/atur cara tertentu

Bahagian 3 - Kesalahan Bahasa
Pengenalan
3.1 Kesalahan Bahasa

Bahagian 4 - Senarai Panggilan Hormat & Pantang Larang Pengacara Majlis
Pengenalan
4.1 Panggilan hormat
4.2 Pantang larang

Bahagian 5 - Cara Memulakan dan Mengakhiri Majlis
Pengenalan
5.1 Cara memulakan majlis
5.2 Cara mengakhiri majlis

Bahagian 6 - Aneka Teks Pengacara Majlis
Pengenalan
6.1 Teks Perasmian Dewan
6.2 Teks Hari Anugerah
6.3 Teks Hari Wanita
6.4 Teks Jamuan Perpisahan
6.5 Teks Festival Nasyid
6.6 Teks Makan Malam Syarikat
6.7 Teks Majlis Tadarus Al-Quran
6.8 Teks Amanat Pemimpin
6.9 Teks Pelantikan Pengawas
6.10 Teks Perhimpunan Sahabat PEMADAM
6.11 Teks Hari Anugerah Khidmat Cemerlang
6.12 Teks Sambutan Hari Guru
6.13 Teks Sambutan Bulan Kemerdekaan
6.14 Teks Hari Kokurikulum
6.15 Teks Majlis Perkongsian Ilmu
6.16 Teks Majlis Pecah Tanah
6.17 Teks Pelancaran Buku Baru
6.18 Teks Perkahwinan Anak VIP
6.19 Teks Pelancaran Kempen (sebarang kempen)
6.20 Teks Malam Amal

Penutup

*Petikan daripada Bahagian IV

Pengenalan
Dalam sesuatu majlis pasti ada pelbagai jenis tamu mengikut pangkat dan kedudukan. Oleh itu, sebagai pengacara majlis, anda harus mengetahui penggilan hormat bagi seseorang tamu mengikut pangkat, darjat atau gelaran jawatan yang dijawat. Selain itu, sebagai pengacara majlis juga, anda harus mengetahui pantang larang terutama daripada segi berpakaian agar anda tidak menjadi isu dan memalukan pihak penganjur atau tuan rumah. Oleh sebab pentingnya panggilan hormat dan pantang larang daripada segi berpakaian, maka dalam bab ini akan disenaraikan panggilan hormat dan sedikit pantang larang berpakaian sebagai rujukan dan panduan para pembaca.


Panggilan Hormat
Penggilan hormat yang sesuai hendaklah digunakan terhadap orang-orang kenamaan sebagai tanda penghormatan kepada kedudukan mereka. Amat mustahak bagi seorang pengacara majlis mengetahui dan menggunakan panggilan hormat dan gelaran yang betul mengikut protokol dalam sesuatu majlis yang dikendalikan.

Panggilan hormat bagi Yang di-Pertuan Agong, Sultan-Sultan dan Yang DiPertua Negeri adalah seperti berikut:

(a) Yang di-Pertuan Agong - *DYMM Seri Paduka Baginda
(b) Raja Permaisuri Agong - DYMM Seri Paduka Baginda
(c) Raja Perlis - DYMM Tuanku
(d) Sultan Kedah - Ke Bawah DYMM Al-Sultan
(e) Sultanah Kedah - Ke Bawah DYMM Tuanku
(f) Sultan Selangor - DYMM Sultan
(g) Tengku Ampuan Selangor - DYMM Tengku Ampuan
(h) Yang Dipertuan Besar - DYMM Tuanku Negeri Sembilan
(i) Tunku Ampuan - DYMM Tuanku Negeri Sembilan
(j) Sultan Pahang - Ke Bawah DYMM Sultan
(k) Sultanah Pahang - DYMM Sultanah
(l) Sultan Terengganu - DYMM Sultan
(m) Tengku Ampuan Besar - DYMM Tengku Ampuan Terengganu
(n) Al-Sultan Kelantan - Ke Bawah DYMM Tuanku
(o) Raja Perempuan Kelantan - DYMM Tengku
(p) Sultan Johor - DYMM Baginda Sultan
(q) Sultanah Johor - DYMM Baginda Sultanah
(r) Paduka Seri Sultan Perak - DYMM Paduka Seri Sultan
(s) Raja Permaisuri Perak - DYMM Raja Permaisuri Darul Ridzuan
(t) Yang DiPertua Negeri Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang - Tuan Yang Terutama
(u) Isteri Yang DiPertua Melaka, Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang - Yang Amat Berbahagia

*DYMM = Duli Yang Maha Mulia

Panggilan hormat bagi orang-orang kenamaan yang lain ialah:

(a) Perdana Menteri - Yang Amat Berhormat
(b) Isteri Perdana Menteri - Yang Amat Berbahagia
(c) Timbalan Perdana Menteri - Yang Amat Berhormat
(d) Isteri Timbalan Perdana Menteri - Yang Amat Berbahagia
(e) Menteri Besar/Ketua Menteri - Yang Amat Berhormat
(f) Isteri Menteri Besar/Ketua Menteri - Yang Amat Berbahagia
(g) Menteri, Timbalan Menteri - Yang Berhormat
(h) Isteri Menteri dan Timbalan - Yang Berbahagia
(i) Tun/isteri - Yang Amat Berbahagia
(j) Tan Sri/isteri - Yang Berbahagia
(k) Datuk selain negeri Johor - Yang Berbahagia
(l) Dato’ dari negeri Johor - Yang Berhormat
(m) Raja/Tengku - Yang Mulia
(n) Isteri Raja/Tengku - Yang Berbahagia
(o) Panglima Angkatan Tentera/isteri - Yang Berbahagia
(p) Ketua Polis Negara/isteri Yang Berbahagia
(q) Ketua Hakim Negara - Yang Amat Arif
(r) Isteri Ketua Hakim Negara - Yang Amat Berbahagia
(s) Hakim Besar - Yang Arif
(t) Isteri Hakim Besar - Yang Berbahagia
(u) Hakim Mahkamah Agong/Tinggi - Yang Arif
(v) Isteri Hakim Mahkamah Agong/Tinggi - Yang Berbahagia
(w) Peguam Negara/isteri - Yang Berbahagia
(x) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam/isteri - Yang Berbahagia
(y) Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua-ketua Jabatan Peringkat Persekutuan/isteri - Yang Berbahagia
(z) Ketua-Ketua Jabatan Negeri - Yang Berusaha/Yang Berbahagia

Pantang Larang
Dalam mengendalikan sesuatu majlis, seseorang pengacara majlis harus kelihatan menarik dan cantik kerana pengacara majlis merupakan orang yang menjadi tumpuan dalam majlis tersebut. Namun begitu, sebagai seorang pengacara majlis, anda harus mengetahui serba sedikit pantang larang daripada segi berpakaian.

Seorang pengacara majlis sangat dilarang memakai pakaian berwarna kuning apabila mengendalikan majlis yang melibatkan golongan atau kerabat diraja. Selain itu, jika majlis yang dikendalikan dihadiri oleh kerabat diraja dari negeri Perak, maka warna ungu juga dilarang daripada dipakai. Begitu juga dengan kain songket. Jika anda mengendalikan majlis yang mungkin dihadiri oleh kerabat raja Negeri Sembilan, anda tidak boleh memakai pakaian berasaskan kain songket.

Jadi, sebagai pengacara majlis, anda harus pandai memadankan pakaian dengan majlis yang akan dikendalikan. INGAT, anda merupakan cerminan bagi pihak penganjur atau tuan rumah.

Friday, July 11, 2008

jumaat sudah

kau buat gaya apa ni mat?

tumpang jai ke masjid usj1

demi matahari

suka sangat tarian demi matahari eh korang.
hambikkk. nyanyi sambil menari. sapa nak mintak tunjuk ajar jai bleh tolong ajarkan. hehe

Demi Matahari
Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah

dun kinabatangan

memalukan sungguh la wakil rakyat begini. jangan jadikan teladan. fikir-fikir..

(source: mob1900)

Thursday, July 10, 2008

semarak heiway

mat amit tengah kusyuk pikirkan isi borang kawin. hehe.

sempat lagi..

jai kene panggil ngan dengan Pak Aminul Rachman Pulungan

Heitech! Heiway!
Heitech! Heiway!
Heitech! Heiway!

Waktu kejadian: Jam 4pm
Tempat kejadian: Grand Ballroom, The Summit, Subang USJ
Tajuk: Program Semarak Heiway

cuak jugak aku bila tengok slide dari team ESQ masa yang dia kata bayangkan roh kita meninggalkan badan, meninggalkan anak-anak, meninggalkan isteri, meninggalkan dunia pekerjaan, meninggalkan dunia, sampai bumi pun dah jadi sekecil-kecil debu zarah. fuh! macam tu la agaknya kalau betul kita meninggalkan tubuh kita agaknye yer. Hanya Tuhan Yang tahu.

jom kita renungkan,
"Siapa Saya?"
"Untuk apa saya dilahirkan??"
"Mau kemana saya?"

pernahkan anda tanyakan dan fikirkan kepada diri anda secara mendalam dan bersendirian....apa tujuan anda dilahirkan, apa tujuan anda bekerja?

Ya, saya...untuk Allah Taala. bagaimana anda?

ker asyik nak bertahajjud jer macam cerita semalam. hehe. hanya anda je yang tau.

rugi la shampearl ngan shamB tak mai. rugi sungguh.

singapore has done it, when is our turn?

heard about the news that singapore has reduced its petrol price, when is our turn.
during the petrol hike the government said that the new petrol price will be reviewed according to world petrol price, means that if the price goes up then the price will be high but if the price go down than the same should happen that the price should going down. so, when? please, i'm suffer

more aboud the news,
Yesterday(9/7), all four petrol companies in Singapore - Shell, Exxon-Mobil, Caltex and Singapore Petroleum Company - reduced their pump prices by 4 cents a liter for petrol. Diesel price remained unchanged at S$2.033/litre.

The new pump prices, without discounts, are S$2.213/liter for the 92-octane unleaded petrol, S$2.246/liter for the 95- octane unleaded, and S$2.32/litre for the 98-octane grade petrol.

Currently, Malaysia retails petrol at RM2.70/litre and diesel at RM2.50/litre.

Last Saturday, petrol companies in Singapore had just increased pump prices for both petrol and diesel by 5 cents a liter.

Incidentally, oil prices have fallen by about 7% since hitting a record high last Thursday. Oil prices fell to US$136 per barrel on Tuesday. (See Crude Oil price chart on the top right hand corner of this blog)

Will Malaysia defy the law of gravity, that what goes up must come down, and reduce the fuel burden on Joe Public?

Tuesday, July 1, 2008

diskaun saman 30-50%


if u had 1, this is the best time to pay all your outstanding summonses